TARIKH: 31/01/2011
HARI: ISNIN
KELAS: TINGKATAN 5 ABU BAKAR
PELAJAR: 25
PELAJARAN: BALAGHAH
TAJUK: MUSAWAH.
LANGKAH/MASA | KANDUNGAN | AKTIVITI | ALAT BANTUAN MENGAJAR |
Set Induksi (5 minit) | - Guru meminta para pelajar membaca dialog yang terdapat dalam powerpoint dan menyenaraikan perkataan yang bermula dengan huruf M. | - Para pelajar membaca dan seterusnya menyenaraikan huruf yang diminta oleh guru. | - Powerpoint (slide) - kertas - Pen |
Sesi pengajaran (35 minit) | - Guru menjelaskan kandungan pelajaran yang akan dipelajari melalui aktiviti tersebut. - Seterusnya guru menerangkan pengertian kandungan pelajaran dari segi ta’rif, dan cara penggunaan musawah dalam membuat ayat. | - Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. - Kemudian guru meminta wakil dari kumpulan pelajar tersebut untuk menjawab soalan-soalan yang terdapat dalam powerpoint tersebut. - Guru meminta setiap dari kumpulan pelajar itu perlu menyiapkan latihan yang terdapat dalam buku teks pada mukasurat 56 dan dihantar pada minggu hadapan. | - Powerpoint (slide) - buku teks - Papan hitam |
Refleksi | - Pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam maksud musawah yang betul - Pelajar dapat membezakan ayat yang mengandungi musawah dengan yang lain dengan tepat. - Pelajar dapat membuat ayat yang mengandungi musawah dengan betul berdasarkan apa yang dipelajari oleh pelajar itu. |
TARIKH: 07/02/2011
HARI: ISNIN
KELAS: TINGKATAN 5 ABU BAKAR
PELAJAR: 25
PELAJARAN: BALAGHAH
TAJUK: IJAZ.
LANGKAH/MASA | KANDUNGAN | AKTIVITI | ALAT BANTUAN MENGAJAR |
Set Induksi (5 minit) | - Guru meminta salah seorang pelajar mencantumkan kertas-kertas yang mengandungi huruf sehingga menjadi satu perkataan yang terdapat dalam pelajaran ilmu balagah. | - pelajar tersebut cuba untuk mencantumkan kertas-kertas yang mengandungi huruf itu sehingga menjadi satu perkataan seperti apa yang diminta oleh guru. | - manila kad - kertas - papan hitam |
Sesi pengajaran (35 minit) | - Guru menerangkan kepada pelajar kandungan pelajaran yang akan dipelajari melalui aktiviti tersebut. - Seterusnya guru menjelaskan pengertian kandungan pelajaran dari segi ta’rif Ijaz dan jenis-jenis pembahagiannya dengan lebih mendalam. | - Pelajar diminta mendengar dan mencatat isi-isi penting dalam pelajaran Ijaz tersebut. - Setelah menerangkan dengan lebih terperinci, guru meminta para pelajar menjawab soalan yang terdapat dalam power point yang disediakan oleh guru. - Setelah siap, guru meminta wakil dari para pelajar untuk memberi setiap jawapan soalan dengan betul. | - Powerpoint (slide) - Pen - Buku latihan - Buku Teks |
Refleksi | - Pelajar dapat mengetahui dengan lebih mendalam maksud Ijaz dengan tepat. - Pelajar mampu membezakan cara penggunaan Ijaz dalam contoh-contoh yang diberikan. - Pelajar juga dapat membuat ayat yang betul dalam bentuk Ijaz. |
TARIKH: 14/02/2011
HARI: ISNIN
KELAS: TINGKATAN 5 ABU BAKAR
PELAJAR: 25
PELAJARAN: BALAGHAH
TAJUK: ITHNAB.
LANGKAH/MASA | KANDUNGAN | AKTIVITI | ALAT BANTUAN MENGAJAR |
Set Induksi (5 minit) | - Guru meminta para pelajar meneka gambar yang ditunjukkan oleh guru kepada pelajar. | - Para pelajar cuba untuk meneka setiap gambar tersebut dengan tepat. - Setiap pelajar yang tepat dalam memberikan jawapan akan mendapat hadiah daripada guru. | - kertas - hadiah |
Sesi pengajaran (35 minit) | - Guru mula menjelaskan satu persatu kandungan pelajaran yang akan dipelajari melalui aktiviti tersebut. - Seterusnya guru menerangkan pengertian kandungan pelajaran dari segi ta’rif ithnab, dan jenis-jenis pembahagiannya dengan mengunakan papan hitam. | - Guru meminta pelajar untuk membuat kumpulan yang mana dalam satu kumpulan itu hanya terdapat dua orang pelajar sahaja. - Kemudian guru memberi setiap kumpulan tersebut satu kertas soalan yang mengandungi 10 soalan subjektif mengenai pelajaran yang dipelajari oleh para pelajar hari ini. - Setelah siap, guru akan memilih kumpulan pelajar yang bertuah untuk membentangkan jawapan mereka di hadapan kelas. - Seterusnya, guru memberi latihan pada mukasurat 100 dan dihantar pada kelas minggu hadapan. | - kertas - buku teks - Papan hitam - Pen |
Refleksi | - Pelajar mampu mengetahui dengan lebih mendalam erti ithnab dan jenis-jenis pembahagiannya dengan lebih mendalam. - Pelajar juga dapat membuat ayat ithnab cara penggunaan dengan cara yang lebih tepat dan betul. - Pelajar dapat membezakan contoh ayat yang mengandungi ithnab didalam al-Quran seumpamanya. |